‘Kenapa kau
tak suka Malisa tu?’ soal Zara sebaik saja mereka duduk.. ‘Aku tak suka sebab
dia ngada-ngada sangat..Pulak jahat mengalahkan nenek sihir kau tahu tak?’
Berderai tawa Zara Damia bila Shahriz berkata demikian.. ‘Asal kau gelak ni?Aku
cakap betul pulak.’ Zara masih gelak tak berhenti.. “Ish,budak ni.tak malu ke
apa..Dah la tengah dekat Tutti Fruit..Boleh pulak gelak kuat-kuat” bisik hati
Shahriz. ‘Kau cakap apa tadi?nampak ni?’ kata Zara sambil menunjuk penumbuknya
ke arah Shahriz..Kali ini Shahriz pulak yang gelak tak ingat dunia.. ‘Alamak
Shahriz..Gelaklah elok-elok sikit..Ni dah macam mak lampir dah aku tengok..Buat
malu aku je’ kata Zara sambil buat
muka..
‘Dah,cukup-cukuplah
gelaknya tu..Jom study..Lusa dah SPM’ ajak Zara..
‘Okey-okey..Jom’
jawab Shahriz yang masih dengan sisa-sisa baki gelaknya..
SELEPAS
MENERIMA KEPUTUSAN SPM
‘Wei,Zara!Macam
mana keputusan kau?’ soal Shahriz..
‘Hm,keputusan aku tak sebagus kau..’ jawab
Zara dengan riak muka yang sedih..
‘Hey,come on
lah..Kita sama-sama genius okey?Kita study sama-sama..Mesti keputusan kita pun
sama bagus..’
Zara hanya mendiamkan diri memandang lantai tapi
sebaris senyuman di sembunyikan.. Shahriz kini gelisah..Dia tidak mahu bergembira
dengan keputusannya andai sahabat baiknya tidak mendapat keputusan sebagus
dirinya..Dia tidak mahu sahabat baiknya itu terluka sendirian..
‘Zara...bagitahulah
aku apa keputusan kau..’ rayu Shahriz
‘Aku...Aku
dapat 10A+!!’ jerit Zara dengan ceria dan berundur setapak demi setapak kerana
dia tahu pasti Shariz akan memarahi dirinya kerana mengenakan Shahriz..
‘Zaraaa....Kau
kenakan aku ye?’ sambil kehadapan beberapa petak
‘Hahaha..Okey-okeyy..Maaf..Aku
belanja kau ais-krim okey?’ jawab Zara
‘Ais-krim
Baskin Robin yang large’ kata Shariz
‘Amboi..Banyak
comel muka kau nak Baskin Robin bagai.’ jawab Zara dengan gelak..
‘Eh,maaf..maaf..saya
tak perasan!’ kata Shahriz ‘It’s okey.it’s okey..Tak apa’
Zara menoleh
kebelakang..Dia melihat Shahriz sedang meminta maaf pada seorang gadis..
Seketika kemudian Shahriz menghulurkan Samsung SII nya kepada gadis tadi untuk
gadis itu memasukan nombor telefon dan akaun twitternya..Kemudian Shariz
berlari mendapatkan Zara Damia yang berada di depan setelah mendapat nombor
telefon dan akaun twitter gadis tadi..
‘Siapa tu?’
soal Zara.. ‘Oh.aku terlanggar dia tadi..Then aku mintak nombor dia sekali’
jawab Shahriz sambil tersenyum..
BEBERAPA
BULAN KEMUDIAN ..
‘Shahriz!’
jerit Tengku Liyana sambil melambai tangannya ke arah Shahriz.. Megat Adam
Shariz berjalan menuju ke Liyana yang sedang menunggunya di Cafe.. ‘Hai
awak..Maaf lambat.Jalan jam tadi’ kata Shahriz sebaik saja duduk di hadapan
Liyana.. ‘It’s okey..’ balas Liyana.. ‘You dah lama sampai ke?’ soal Shahriz.. ‘Tak
adalah,baru je.’ jawab Liyana sambil tersenyum.. Jejaka yang berada
dihadapannya tersenyum manis kepadanya..
Tiba-tiba
telefon Shahriz berdering..Nama Zara Damia tertera dihadapan
skrin..Tapi,dibiarkan sahaja panggilan tersebut.. ‘Kenapa tak angkat?’ soal
Liyana.. ‘Hm,tak penting pun..Kejap lagi kalau penting dia mesej lah suruh I
angkat’ jawab Shahriz selamba.. Telefon Shahriz berdering sekali lagi..Shahriz
hanya membiarkan telefonnya berdering sehingga berpuluh kali..Tit! Satu mesej
masuk telefon Shahriz,Shahriz membukanya
‘Kau
kat mana?Jadi ke tidak ni nak hang-out..Dah pukul berapa ni?Kenapa aku call
banyak kali tak angkat?’
Shahriz
membalas mesej dari Zara
‘Aku
buzy’
Lalu Shahriz
mematikan telefonnya setelah membalas mesej Zara.. Liyana hanya memerhatikan
Shahriz.. ‘Kenapa you tengok I macam tu?’ tanya Shahriz.Liyana hanya tersenyum.
Zara rasa
seperti tak dihargai..Shahriz hanya buat tak tahu sahaja apabila berjumpa
dengannya keesokan harinya..Tiada ucapan maaf dari mulut Shahriz..Zara sedar
sejak hari Shahriz terlanggar Liyana,Shahriz banyak berubah..Dia tak seperti
dulu lagi..Shahriz yang selalu ada saat Zara memerlukan sahabat baiknya..Kini
tiada lagi Shahriz yang sentiasa ada saat Zara memerlukannya..Shahriz lebih
banyak meluangkan masa bersama Liyana..Bila Zara ajak Shahriz keluar ada saja
alasan Shahriz..
Tit!
Satu mesej
masuk kedalam telefon Shahriz..Shahriz membuka mesej tersebut..
‘Shahriz,aku
nak jumpa kau sekejap..Ada hal penting aku nak cakap dengan kau’
Shahriz
mengeluh..Lalu Shahriz menjawab mesej Zara
‘Aku
buzylah..Kau nak apa?’
‘Aku
nak jumpa kau sekejaplah..Sekejap je.’
‘Eh,aku
buzylah..Aku nak keluar dengan Liyana..Bye’
Lalu Shahriz
mencampak telefonnya ke atas katil..Baru sahaja Shahriz hendak turun
tangga,telefon nya berdering..Shahriz berlari mendapatkan telefonnya..Disangka
Liyana yang menelefon ternyata Zara..Shahriz mengeluh lagi.. “Nak apa lagilah
Zara ni” degus hati Shahriz.. Shahriz mencampakkan kembali telefonnya ke atas
katil..Dibiarkan panggilan dari Zara..
Dua Minggu Kemudian............
“Kenapa Zara
dah 2 minggu tak call aku?” bisik hati Shahriz...Shahriz cuba melelapkan
matanya sebentar untuk rehat sekejap di biliknya...Tiba-tiba Shahriz dikejutkan
dengan bunyi kaca jatuh berderai..Frame gambar yang tergantung di biliknya
jatuh..Hati Shahriz menjadi tak sedap..Lalu Shahriz bangkit menujun ke arah
frame yang jatuh tadi..Diangkatnya frame tadi dan melihat gambar dia bersama
Zara ketika bersantai ditepi pantai 7 bulan lalu ketika masih sahabat baik yang
sentiasa bersama..
Kring...kring....
Telefon rumah Shahriz berdering..
‘Hello’
jawab ibu Shahriz
‘Apa?!Ya
Allah..Saya datang sekarang..’ ibu Shahriz meletakkan telefon..
‘Kenapa
ibu?’ soal Shahriz
‘Siap-siap
sekarang..Kita nak pergi..’
Shahriz
hanya mengikut perintah ibunya...Dalam
hatinya tertanya-tanya apa yang membuatkan ibunya begitu sedih..Ketika dalam
perjalanan fikiran Shahriz tak menentu..Berbagai-bagi yang bermain di
fikirannya..Fikirannya tidak tenang....
‘ZARAA’
‘Kenapa
ni?’ balas Zara..
‘Liyana..Dia
dah menjadi milik orang lain..Sabtu lalu.Dia dah bertunang..Aku sedih’
‘Sabar
okey..Kau kan kuat.Jgn menangis okey?Aku ada dengan kau..Kita kan BestFriend.’
Shariz
tersedar dari lamunanya..Itulah kali terakhir dia terima mesej dari Zara 2
minggu 3 hari yang lalu.. ‘Shahriz,kita dah sampai nak..Mari turun’ kata ibu
Shariz.. Shahriz terkejut..Kenapa mereka datang ke rumah Zara..Ibu bapa Zara
sudah pergi ke?Berbagai-bagai soalan difikiran Shahriz..
Apabila
Shahriz melangkah masuk ke dalam rumah Zara,dia terlihat sekujur tubuh dibalut
dengan kain kapan dihadapannya..Tapi dia masih tertanya-tanya siapakah mayat
itu..Shahriz pandang dua insan yang sedang menangis disebelah mayat yang
dilihat tadi..
“Ibu bapa
Zara!” jerit hati Shahriz..
‘Shahriz...Zara
dah tak ada..’ kata ibu arwah Zara sambil membuka kain yang menutup muka Zara..
Shahriz melihat wajah ibu arwah Zara betul-betul.. “Mungkin aunty hanya mahu
main-mainkan aku..atau aku bermimpi?” bisik hati Shahriz..
‘Shahriz..Zara
dah tak ada..Mari sini,lihat arwah sebelum dibawa pergi’ kata ibu Shahriz
Shahriz
terduduk di sebelah arwah Zara..Diamati wajah itu betul-betul..Benarkah ini
Zara...Setelah diamati betul-betul,Shahriz tersedar yang dia tidak bermimpi..Mayat
yang berada didepannya sekarang adalah mayat sahabat baiknya,Zara! Shahriz
bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya.. Sahabat baik yang sentiasa ada
saat dia memerlukan Zara tapi dia telah melukai hati Zara dan tidak sempat
meminta maaf pada Zara sebelum Zara menutup matanya..
‘Shahriz,ini
surat buat kamu..Zara minta aunty bagi pada Shahriz bila dia tiada..’
Shahriz
melihat sampul surat tersebut dengan hati yang sayu..Dengan
perlahan-lahan,Shahriz membuka sampul surat tersebut.
Assalamualaikum...
Megat
Adam Shahriz,
Mungkin saat Shahriz baca
surat ini Zara dah tak ada dengan Shahriz.Tiada disisi Shahriz lagi untuk buat
Shariz happy.. Kita tak ditakdirkan untuk jadi sahabat baik hingga akhir
dunia..Maafkan Zara atas segala-galanya..Zara terpaksa pergi meninggalkan
Shahriz..Tapi Zara yakin Shahriz akan jumpa wanita yang jauh lebih baik dari
Zara,yang boleh bahagiakan Shahriz,menjadi sahabat baik kepada Shahriz..Sampai
akhir nafas Zara,Shahriz tetap sahabat baik Zara..
Ikhlas dari,
Zara Damia
“Perginya Dirimu membuatkan aku
kehilangan..Kehilangan seorang sahabat yang tak akan pernah aku jumpa lagi...Hadirmu
dalam hidupku menyempurnakan diriku..Kini,separuh jiwa ini telah hilang....”
bisik hati Shahriz dalam tangisan ..
TAMAT
By NorainiLE

No comments:
Post a Comment